2. SEMASA RAPTAI (REHEARSAL)
2.1 Penerima dan tetamu dikehendaki mematuhi garis panduan berpakaian seperti berikut:
2.1.1 Lekaki
Pakaian Kebangsaan (Baju Melayu) bersongkok baldu hitam.
ATAU
Lounge Suit (bersongkok Baldu hitam bagi orang Melayu).
ATAU
Bush Jacket (bersongkok Baldu hitam bagi orang Melayu).
ATAU
Berkemeja lengan panjang dan bertali leher (bersongkok Baldu hitam bagi orang Melayu).
* Pakaian baju batik sama ada lengan pendek ataupun lengan panjang adalah dilarang.
ATAU
Bagi Pegawai Tentera/Polis dan pegawai-pegwai lain yang berpakaian seragam, pakaian Bush Jacket No. 2.
* Bagi anggota pangkat-pangkat lain, pakaian bekerja harian.
2.1.2 Wanita
Seperti di perengagan 1.1.2 di atas, kecuali PAKAIAN No. 1 (Istiadat).
ATAU
Pakaian Bush Jacket No. 2 bagi Pegawai Tentera/Polis atau pegawai-pegawai
lain yang berpakaian seragam.
PERINGATAN:
1. Penerima/tetamu yang tidak mematuhi garis panduan di atas TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK ke Dewan Pengurniaan dan mungkin diminta menunggu di Pintu Masuk Istana Negeri sehingga Istiadat pengurniaan selesai. Pegawai Istana Negeri yang bertugas akan memastikan peraturan ini dipatuhi.
2. Penerima-penerima, kecuali tetamu, tidak dibenarkan memakai bintang-bintang lain atau pingat telah mereka terima sebelumnya (jika ada) semasa menerima bintang/pingat.
3. Tanda nama (bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan) tidak perlu dibenarkan.
4. Kebaya pendek, skirt pendek dan pant suit/jean tidak dibenarkan.
5. Penerima tidak dibenarkan membawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
|